Sumbangan

Sesungguhnya golongan asnaf dan anak-anak yatim (miskin) adalah golongan lemah yang sangat-sangat memerlukan bantuan, perhatian dan kasih sayang daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang dikurniakan Allah kesenangan, kemewahan harta, kelapangan masa dan tenaga untuk disumbanngkan kepada dua golongan ini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang kita lakukan ini dan dikurniakan ganjaran pahala serta dijauhkan kita dari azab api Neraka.

Firman Allah SWT;

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. (Surah Al- Baqarah: Ayat 215)

YUPP adalah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Pahang dengan No. Pendaftaran: PPM-013-06-10102014 pada 10 Oktober 2014.

YUPP menaruh penuh harapan kepada para dermawan sekelian untuk memberikan sumbangan berterusan, supaya dapat menggerakkan aktiviti dakwah menerusi pendekatan kebajikan dan prihatin asnaf bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik. Segala bentuk sumbangan yang disalurkan adalah bukti semangat kemasyarakatan dan rasa kasih sayang secara Islamik, yang mana amalan ini sangat-sangat dituntut oleh agama Islam.

Justeru, pihak YUPP menjemput dermawan sekalian untuk sama-sama merealisasikan misi kami iaitu menyantuni anak yatim dan miskin melalui program pendidikan serta membantu kelompok asnaf dengan program pendidikan sepanjang hayat. Segala sumbangan boleh disalurkan ke:

Maybank
No. Akaun: 556011084819

Atas nama: Yayasan Ummah Prihatin Pahang

Atau alamatkan segala bentuk sumbangan kepada:

Yayasan Ummah Prihatin Pahang
d/a Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Segala bentuk sumbangan dari dermawan sekalian amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

p/s: Untuk mendapatkan resit rasmi sila hantarkan salinan slip bank ke alamat yang tertera di atas.