Majlis Pernikahan Beramai-ramai Anjuran YUPP dan Masjid UIAM Kuantan. Alhamdulillah pd 28 Oktober 2017 jam 9.00-12.30 tengahari Yayasan Ummah Prihatin Pahang (YUPP) dan Masjid Sultan Hj Ahmad Shah UIAM Kuantan telah berjaya melangsungkan majlis pernikahan seramai 15 pasang pengantin di Masjid UIAM. Tuan Hj Zaki, Kadi Daerah Kuantan beserta 7 orang juru nikah telah mengendalikan majlis akad nikah ini. Pasangan pengantin serta ahli keluarga seterusnya diraikan dalam msjlis jamuan kenduri yg diaturkan oleh YUPP dan Masjid UIAM. Terima kasih kpd semua pihak yang membantu menjayakan majlis ini. In Shaa Allah tahun depan Feb/Mac kita akan anjurkan lagi