Bengkel Tutor dan Fasilitator telah dianjurkan oleh Masjid SHAS UIAM Kuantan dan YUPP pada 16 September 2019. Bengkel sehari ini telah dihadiri oleh 18 orang mahasiswa UIAM Kampus Kuantan yang akan dilantik sebagai Tutor bagi mengendalikan kelas-kelas tuisyen untuk pelajar sekolah yang akan dikendalikan nanti oleh Masjid SHAS UIAM Kuantan dan YUPP. Bengkel melatih kemahiran Tutor dan Fasilitator ini dikendalikan oleh Pusat Tuisyen Sinar Bestari, Paka, Terengganu. In Shaa Allah pelajar UIAM yang menyertai bengkel ini akan menjadi Sukarelawan Tutor dan Fasilitator kpd YUPP.
KEMENJADIAN MAHASISWA!
Kesukarelaan dalam kalangan Mahasiswa perlu dilihat sebagai nilai yang disanjung tinggi yang telah memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti persaudaraan dan kemanusiaan dalam maksudnya yang sebenar. Dalam dunia yang mencabar sekarang, kita memerlukan mahasiswa yang sangat luar biasa, yang bukan sekadar memikirkan diri tapi memikirkan Masyarakat.
Alhamdulillah, hari ini bersama Mahasiswa IIUM KUANTAN. Bengkel sehari ini adalah sebagai persediaan untuk menjadi Tutor Tuisyen Percuma buat Asnaf yang dianjurkan oleh Yayasan Ummah Prihatin Pahang. Mereka saya lihat cukup gembira dan tidak sabar untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya dalam pendidikan. Pelbagai Idea yang dilontarkan dan perbincangan untuk menjadikan kelas itu lebih menarik. Jika difikirkan bukanlah mereka dibayar untuk bersungguh-sungguh memberikan idea dalam membantu kemenjadian pelajar. Tetapi cukuplah mendoakan mereka agar cemerlang dunia akhirat, diberi kecukupan dalam kehidupan dan sentiasa sihat untuk terus membantu masyarakat khususnya bergelar pelajar.
Allahu,Sesungguhnya hati Kalian Sungguh Mulia
Belia Untuk Ummah!
Akim
Spread the Kindness
[/pl_text]
[/pl_col]
[/pl_row]