Setiap hari Sabtu pelajar pusat tahfiz akan menjalani latihan sambil belajar kemahiran dan teknikal. Pada minggu ini Sabtu, 13 Februari 2021 pelajar Pusat Tahfiz Teknikal YUPP diberi pendedahan cara menyembelih ayam mengikut syarak dan memprosesnya secara kaedah thoiyiba.
Pengusaha ayam proses segar di Pasar Awam Simpang Pelangai Encik Hamdan Embok telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar Pusat Tahfiz Teknikal YUPP pagi ini mengikuti latihan industri ini secara percuma yang mana beliau mewakafkan ilmu ini kepada 4 orang pelajar tahfiz mengikuti latihan industri teknikal ini.
Alhamdulillah dalam usia 13 tahun pelajar ini berpeluang melakukan kerja menyembelih ayam dengan patuh syariah. Latihan teknikal dan industri ini adalah di bawah seliaan Cikgu Ahmad Daniel, Pegawai Hal Ehwal PELAJAR, Pusat Tahfiz Teknikal YUPP, seorang graduan Diploma Kolej Vokasional Kuantan.