Majlis Akad Nikah 17 Pasangan Pengantin anjuran Yayasan Ummah Prihatin Pahang (YUPP) dan Masjid UIA telah diadakan di Masjid UIAM Kuantan pada 14 Mei 2017 (Ahad). Seramai 17 pasangan diakad nikahkan oleh Tuan Kadi Daerah Kuantan pada hari tersebut. Sebelum upacara akad nikah dijalankan, Timbalan Kadi daerah Kuantan telah menyampaikan Khutbah Nikah.
Program Tautan Kasih Perdana adalah program penganjuran majlis perkahwinan beramai-ramai bagi golongan yang kurang berkemampuan (Khas untuk kahwin kali pertama atau bagi duda dan janda). YUPP bertanggungjawab dalam mengaturkan majlis akad nikah secara beramai-ramai dan seterusnya majlis kenduri dan persandingan diadakan secara pakej beramai-ramai. Ia bertujuan untuk mengelakkan pasangan yang tidak berkemampuan berhutang dengan bank bagi melangsungkan perkahwinan mereka.