Program Prihatin Sihat Orang Asli adalah satu program dakwah bil-hal di kalangan orang Asli bagi memberi kefahaman dan penghayatan tentang keperluan menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah. Satu Kit Kesihatan (mengandungi tuala mandi, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi dll) telah disediakan untuk disumbangkan kepada penduduk orang Asli dalam program ini. Satu pemeriksaaan kesihatan dan rawatan gigi juga telah diadakan dengan kerjasama penuntut dan pensyarah Fakulti Perubatan dan Pergigian UIAM. Ia merupakan pendekatan dakwah menerusi kebersihan dan kesihatan.