Satu Persidangan Meja Bulat Dakwah Orang Asli telah diadakan pada 26 September 2019 di Hotel Dorsett Putrajaya. YUPP telah dijemput oleh YADIM sebagai Ahli Panel Persidangan Meja Bulat ini yang mana YUPP diwakili oleh Sdr M. Sharul Haizal bin M.Rozali, Ketua Sekretariat YUPP Daerah Jerantut, Pahang. Pada akhir persidangan tersebut, semua ahli panel persidangan sepakat menerusi satu resolusi untuk menubuhkan Majlis Tindakan Dakwah (MTD) Orang Asli yang mana YUPP akan turut serta menganggotai MTD ini. Peranan YUPP akan lebih mencabar dan lebih besar dalam usaha menggerakkan dakwah orang asli di lapangan. Keanggotaan dalam MTD ini akan melibatkan agensi agama dan NGO yang berkaitan dengan dakwah orang asli di lima buah negeri iaitu Pahang, Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.