Satu MOU di antara YUPP dan SMK Ketari, Bentong telah diadakan pada 7 Ogos 2019, di Bilik Gerakan SMK Ketari, Bentong, Pahang. Yayasan Ummah Prihatin Pahang (YUPP) telah menandatangani persefahaman kerjasama sempena Program Jalinan Korporat SMGH1-NPQEL Ambilan 2 Tahun 2019 Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, iaitu guru-guru kanan yang mengikuti kursus khas bakal pengetua sekolah. Upacara menandatangani MOU ini telah diwakili oleh Kapt (B) Shamsuddin Moner (Pengerusi YUPP) dan di pihak SMK Ketari diwakili oleh Puan Zainab bt Harun (Pengetua Cemerlang SMK Ketari).
Terdahulu dalam ucapan aluannya, Pengerusi YUPP mengalu-alukan kesudiaan dan juga penerimaan baik SMK Ketari untuk berkolaborasi dengan YUPP bagi menggiatkan aktiviti Nilam Mustika dalam kalangan pelajar pendidikan khas (kurang berkeupayaan) di Bentong. Nilam Mustika adalah program Nadi Ilmu Amalan Membaca yang mesti usaha hingga titisan akhir yang dikhususkan kepada pelajar kurang upaya di sekolah-sekolah. Untuk makluman bahawa SMK Ketari adalah sebuah sekolah yang mana kantinnya telah dipilih sebagai kantin terbersih di negeeri Pahang dan nombor 10 terbersih di Malaysia.