Mesyuarat YUPP bersama COO MyFund Action

Pada 17 November 2020, Pengerusi YUPP Kapt. Ust. Shamsuddin Moner (B) telah mengadakan mesyuarat secara atas talian bersama COO MyFund Action, Puan Siti Aishah Bt. Thahid bagi membincangkan projek bantuan dapur asnaf YUPP untuk Program Ziarah Prihatin YUPP di daerah Bentong dan pembiayaan dana bagi pembangunan Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Bentong. In Shaa Allah awal Disember nanti YUPP akan menandatangani MOU dengan MyFund Action seperti yang dipersetujui dalam perbincangan dua hala antara Pengerusi YUPP dan COO MyFund Action.