Menerima Waqaf Tanah untuk Pembangunan Pondok Pengajian Warga Emas

Alhamdulillah. Pengerusi YUPP, Kapt. Dr. Shamsuddin Moner (B) baru selesai mengadakan kunjungan hormat dengan Tuan Zulkarnain hj Abd Majid di rumah beliau di Simpang Pelangai bagi membincangkan pembangunan tanah yang diwaqafkan kepada YUPP untuk dibangunkan Pondok Pengajian Warga Emas. Secara rasminya beliau telah menandatangani surat kuasa serah tanah sebanyak dua ekar milik beliau dan isteri yang terletak di Kampung Seri Sempadan kepada YUPP hari ini 13 Februari 2021 bersamaan 1 Rejab 1442H. In Shaa Allah YUPP akan memikul amanah beliau ini untuk membangunkan tanah yang beliau waqafkan untuk agama Allah.