At-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah mengirim utusan yang terdiri daripada beberapa orang, lalu beliau memeriksa dan menguji hafalan al-Quran mereka masing-masing. Beliau bertanya kepada seseorang yang paling muda usianya seraya bertanya: Surah apa yang kamu hafal ? Dan bertanyakan adakah kamu hafal Surah alBaqarah..? Lalu orang muda itu menjawab: Ya, hafal. Lalu Rasulullah bersabda: “Berangkatlah, dan kamulah pemimpin bagi mereka”.
Ini menunjukkan penanda aras untuk melantik seseorang pemimpin itu perlulah sekurang-kurangnya mampu menghafal Surah Al-Baqarah. Walaupun hadis di atas dikategorikan sebagai hadis dhaif tetapi ianya boleh untuk kita beramal bagi tujuan menggalakkan orang muda menghafal Surah Al-Baqarah.
Ada 7 Surah Petama yang menjadi teras kepada hafazan bagi setiap pelajar untuk melayakkan mereka mendapat Syahadah/Sijil Tahfiz daripada Pusat Tahfiz ini iaitu Surah Al-Baqarah, Surah Ali-Imran, Surah An-Nisaa’, Surah Al-Ma’idah, Surah Al-An’am, Surah Al-’akraf dan Surah Al-Anfal (Keseluruhannya hampir 10 Juzuk Al-Quran); dan termasuk keseluruhan surah dalam Juzuk 30 (Juz Amma).
KEUTAMAAN TUJUH SURAH YANG PANJANG
Imam Ahmad meriwayatkan: Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “ Barang siapa menguasai tujuh surah pertama dalam al-Quran, maka dia adalah seorang ulamak”. (Hadis Dhaif)