Kampus Sementara Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang

Mesyuarat Pertama JK Pembangunan Pusat Tahfiz ini pada 3 November
2019 di Simpang Pelangai, Bentong telah bersetuju untuk memulakan operasi pengajian bagi pengambilan pelajar sulong seramai 20 orang pada Julai atau September 2020 Dalam mesyuarat berkenaan juga Pengerusi Masjid Sultan H Ahmad Shah Simpang Pelangai yang juga Ketua Kampung Simpang Pelangai, Tuan Hj Mohd Yusof bin Hj Jalaluddin telah menawar Kompleks MPKK di Kg Baru, Simpang Pelangai sebagai Kampus Sementara kepada Pusat Tahfiz ini Kompleks ini mengandungi Balai raya yang boleh digunakan sebagai Bilik Kuliah, Bangunan Inap Desa yang boleh menempatkan penginapan seramai 30 orang pelajar dan juga Surau untuk diguna sama dengan penduduk kampung.

Satu lawatan tapak telah diadakan sejurus selepas mesyuarat JK Pembangunan Pusat Tahfiz pada 3 November 2019 dan kompleks ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai kampus sementara bagi memulakan sesi pengajian dan pengambilan pelajar sulong nanti jaraknya hanya I KM dari Kompleks Kampus Tetap yang sedang dalam proses pembangunan.

KOMPLEKS BALAI MASYARAKAT SIMPANG PELANGAI DAN SURAU

Prasarana di kompleks ini akan dinaik taraf untuk dijadikan sebagai Kampus Sementara Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang.

Kami amat memerlukan sumbangan Infaq dan derma Orang ramai bagi membuat persiapan awal bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf kampus sementara ini dan juga membeli peralatan dan kelengkapan yang perlu untuk memulakan operasi Pusat Tahfiz ini menjelang penghujung Disember 2020 yang dianggarkan berjumlah RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu Ringgit).

MAYBANK
Yayasan Ummah Prihatin Pahang:
556011084819