KONSEP PENGAJIAN
Pusat Tahfiz Teknikal yang dicadang untuk dibangunkan di Mukim Pelangai, Bentong atas tanah yang dianugerahkan kepada YUPP seluas 2 ekar ini adalah sebuah Pusat Tahfiz Teknikal pertama yang akan dibangunkan di Negeri Pahang dan mungkin juga di Malaysia. Ianya berkonsepkan sebuah kolej yang mengintegrasikan pengajian tahfiz Al-Quran dengan ilmu kemahiran teknikal, disamping menyediakan asrama kepada anak-anak yatim asnaf bagi melatih pelajarpelajar tahfiz ini berbakti dan beramal soleh kepada anakanak yatim. Pusat Tahfiz ini akan dijadikan sebuah Projek Waqaf Pendidikan yang mana tiada yuran pengajian dikenakan kepada pelajar; hanya dikenakan yuran makan minum dan asrama sahaja bagi yang tinggal di asrama.
Ianya bukan pusat pengajian untuk melahirkan para huffaz yang bergelar tahfiz semata-mata, malah ianya bermatlamat untuk melatih dan mendidik para huffaz dalam bidang teknikal, kemahiran hidup dan keusahawanan bagi menjamin kehidupan mereka untuk berdikari setelah tamat pengajian.
KEMASUKAN PELAJAR
Pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat di Pusat Tahfiz ini nanti adalah dalam kalangan pelajar lepasan sekolah rendah yang memiliki Sijil UPSR atau yang setaraf – berumur sekurang-kurangnya 12 tahun dengan pencapaian dalam UPSR sekurang-kurang 1A, 4B. Pelajar hendaklah mampu membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat untuk menghafaz Al-Quran dan juga mempunyai bakat dan minat di bidang kemahiran serta teknikal. Semua pelajar adalah wajib tinggal di asrama.
LALUAN KERJAYA
YUPP berhasrat untuk merancang laluan kerjaya kepada lepasan pelajar Pusat Tahfiz Teknikal ini dengan membimbing mereka menjadi usahawan dengan membuka perniagaan seperti bengkel mekanik ( letrik dan air cond) restoran, catering dan sebagainya agar ianya dapat menjadi role model lepasan tahfiz teknikal di Malaysia.