Yayasan Ummah Prihatin Pahang (YUPP) telah dianugerahkan sebidang tanah seluas 2 ekar oleh pemilik tanah iaitu Hj Ab Rahman Bin Hj Mohd Tahir dan isterinya Puan Norchahaya Bt Hj Moner serta anaknya Mohd Zaimi di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang.
Tanah ini diberi anugerah kepada YUPP berkonsepkan sedekah jariah dengan niat waqaf khas untuk dibangunkan sebuah pusat tahfiz, surau dan asrama anak anak yatim asnaf Ianya telah diserahkan secara rasmi menerusi surat kuasa oleh pemilik tanah kepada YUPP pada 17 Mac 2019.
Justeru, pada 9 Ogos 2019 Ahli Exco Tertinggi YUPP yang dipengerusikan oleh Kapt (B) Dr. Shamsuddin dan Penasihat YM Dato’ Tunku Iskandar Dzulkurnain Bin Dato’ Tunku Ismail telah bersetuju menerima anugerah tanah yang disedekah jariah atas niat waqaf oleh pemilik tanah untuk dibangunkan oleh YUPP sebuah kompleks Kolej Tahfiz Teknikal Ar Rahman dan Asrama Anak Anak Yatim Asnaf Seterusnya YUPP telah melantik perunding pembangunan dan pembinaan iaitu PAKATAN ARKITEK SDN BHD untuk memulakan kerja kerja awal untuk membuat Pelan Reka Bentuk Pembangunan Kompleks dan juga menubuhkan Tim Perunding bagi merancang pembinaan kompleks ini.