Pada 8 Ogos 2020, Sabtu yang lalu saya turun ke Mukim Pelangai lagi untuk Majlis Pecah Tanah bagi pembukaan Pusat Tahfiz Teknikal Pelangai di bawah seliaan Yayasan Ummah Prihatin Pahang (YUPP).
Majlis Pecah Tanah ini telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Sri Hj. Abdul Rahman Md. Yunos, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, di Kg. Sri Sempadan Simpang Pelangai, Bentong. Terima kasih kepada semua sahabat handai yang jauh dan dekat yang sudi hadir menyaksikan majlis yang sangat bermakna ini.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. YUPP membuka peluang kepada semua jika ingin membuat infaq sedekah kepada pembangunan Pusat Tahfiz Teknikal yang pertama seumpamanya ini. Mohon salurkan sumbangan anda di:
Tabung Yayasan Ummah Prihatin Pahang
Maybank
556011084819