Mesyuarat YUPP bersama Pakatan Arkitek dan Pasak Sdn Bhd telah diadakan pada 23 Ogos 2019 bagi membincangkan Projek Pembangunan Kompleks Pusat Tahfiz Teknikal dan Asrama Anak Yatim Asnaf YUPP di Simpang Pelangai, Bentong. Mesyuarat berlangsung di Pejabat Pakatan Arkitek di Kuala Lumpur. YUPP diwakili oleh Pengerusi, Kapt Dr. Shamsuddin dan Setiausaha Agung, Sdr Hilmi Mohd Noor.
YUPP telah menerima sebidang tanah yang diwaqafkan oleh Tuan Hj Abd Rahman Mohd Tahir dan anaknya Mohd Zaimi di Simpang Pelangai. Turut hadir dalam mesyuarat ini Sdr Mohd Zaimi yang mewakili ayahnya Tuan Hj Abd Rahman. In Shaa Allah projek sedang dalam perancangan dan Pakatan Arkitek telah menyiapkan Pelan Induk Pembangunan. Satu usaha untuk mendapatkan sumbangan dana infaq orang ramai akan dijalankan tidak lama lagi bagi membiayai kos pembinaan projek ini.