Objektif Penubuhan Pusat Tahfiz Teknikal Pahang

  • Membimbing, mendidik dan melahirkan pelajar sekolah berumur 12 hingga 17 tahun yang telah menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 10 Juzuk Al-Quran menerusi kaedah ‘ Faham dan Amal’.
  • Menjadi pusat bimbingan dan juga asrama penempatan kepada anak-anak yatim asnaf yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah bagi membantu meringankan bebanan keluarga dan penjaga dalam kumpulan asnaf dalam menguruskan kebajikan pembelajaran anak-anak yatim ini.
  • Menjadi Pusat Komuniti Dakwah kepada penduduk setempat di Mukim Pelangai dan juga kepada masyarakat umum dalam memberi perkhidmatan bimbingan ilmu fardhu ain dan pengajian yang berkaitan dengan Al-Quran.