Jadual Mingguan Pengajian Tahfiz

  1. Hafazan Baharu
    Murid menghafaz ayat-ayat al-Quran sebanyak 1 halaman yang akan ditasmik (memperdengarkan hafazan) pada keesokan hari.
    Jam Pengajian Seminggu: 6 Jam/ Minggu
  2. Tahriri (Imlak)
    Murid menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik sebelum waktu tasmik dengan guru.
    Jam Pengajian Seminggu: 3 Jam/Minggu
  3. Tasmik Hafazan Baharu
    Sebelum tasmik hafazan baharu, murid menunjukkan buku tahriri yang ditulisnya (ayat-ayat yang dihafaz satu halaman). Seterusnya Murid memperdengarkan ayat hafazan baharu yang ditulisnya sebanyak 1 muka surat di hadapan guru secara individu
    (10 minit: 1 murid)
    Jam Pengajian Seminggu: 1 Jam /minggu
  4. Murajaah Hafazan
    Baharu Murajaah sebanyak dua (2) muka surat sebelum muka surat tasmik secara individu
    Jam Pengajian Seminggu: 6 Jam
  5. Murajaah Hafazan Lama/Mingguan/Tahriri (Imlak)
    Murajaah sebanyak dua (2) muka surat sebelum muka surat tasmik di hadapan guru secara individu (10 minit: 1 murid).
    Jam Pengajian Seminggu: 1 Jam/minggu
  6. Murajaah Mingguan
    Murid mengulang bacaan sebanyak 6 muka surat meliputi semua muka surat yang telah dihafaz pada minggu tersebut di hadapan guru secara individu (15 minit: 1 murid).
    Jam Pengajian Seminggu: 2 Jam/minggu
  7. Tajwid / Ma’ani al-Quran/ Ulum al-Quran/ Ulum Syariah
    Kelas pengajian secara daurah – diadakan pada setiap Hari Sabtu pada minggu-minggu pelajar yang tidak pulang ke rumah
    Jam Pengajian Seminggu: 4 jam/minggu

Jumlah Jam Pengajian: 23 JAM/MINGGU

MURAJAAH SURAH – Murid akan mengulang hafazan secara bergilir-gilir (kaedah tadarus) setiap Surah yang telah dihafaz sebelum memulakan hafazan surah yang baru. Kemudian Setiap murid melakukan murajaah di hadapan guru secara individu (30 minit: 1 murid).