KOMPONEN-KOMPONEN BANGUNAN YANG DIRANCANG DI ATAS TANAH 2 EKAR INI:
- SURAU AR-RAHMAN yang boleh menampung Jemaah seramai 300 orang.
- Pusat Pengajian Tahfiz yang lengkap dengan Blok Akademik dan Bengkel Untuk kemahiran dan teknikal, termasuk asrama pelajar yang boleh menampung seramai 200 orang.
- Asrama Anak-Anak-Yatim yang boleh menempatkan seramai 80 orang anak-anak yatim asnaf.
- Dewan Besar untuk sewaan kepada penduduk setempat bagi majlis kenduri kahwin dan sebarang majlis perhimpunan dan keraian.
- Bangunan Rumah Kedai dan Homestay untuk aktiviti perniagaan pelajar tahfiz dan juga untuk sewaan bagi mendapat sumber pendapatan bagi membiayai kos pengurusan Pusat Tahfiz dan asrama anak-anak yatim asnaf.
ANGGARAN KOS PEMBINAAN
Kos pembinaan bagi menyiapkan kompleks Pusat Tahfiz ini dianggarkan berjumlah RM 13 juta yang mana ianya akan mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan secara berperingkat mengikut fasa-fasa bergantung kepada terimaan sumbangan derma dan sedekah jariah daripada orang awam dan syarikat korporat. Kerja-kerja awal tapak dijangka bermula pertengahan tahun 2020.
PUSAT DAKWAH DAN KOMUNITI UMMAH
Sebuah Pusat Dakwah dan Komuniti Ummah akan dibina di kompleks tahfiz ini yang mana ianya berhadapan dengan Jalan Utama Karak- Kuala Pilah di tepi jalan sempadan Pahang-Negeri Sembilan (BentongJelebu). Ianya menjadi kawasan terbuka kepada orang awam yang mana bangunan ini mengandungi Surau, Dewan Besar untuk Seminar & Persidangan, Hostel / Homestay untuk musafir dan pelawat serta 3 lot rumah kedai untuk perniagaan Restoran, Kedai Buku & Stationari dan Mini Market.
Surau akan menjadi sebuah pusat dakwah bagi masyarakat setempat yang mana Pusat Tahfiz ini akan menganjurkan kuliah-kuliah Tafaqquh Fiddin kepada masyarakat umum yang ingin datang ke sini bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka mengenai ilmu agama dan fardhu ain.
Di samping itu Dewan Besar yang mampu memuatkan seramai 600 orang boleh digunakan oleh msyarakat setempat untuk seminar, dan majlis-majlis perjumpaan ramai serta majlis-majlis kenduri kahwin.