Program Intensif Tilawah dan Khatam Al-Quran

BULAN PERTAMA (SESI ORIENTASI DAN INDUKSI)

Sebelum bermulanya proses hafazan setiap pelajar akan mengikuti kelas intensif Talaqqi Tilawah Al-Quran selama tempoh sebulan dalam bentuk halaqah dengan dipimpin oleh Guru Al-Quran mulai Surah Al-Fatihah hingga khatam 30 Juzuk Al-Quran. Dalam proses halaqah tadarus ini guru akan mempastikan setiap pelajar:

  • Boleh membaca al-Quran dengan tartil dan lancar hingga khatam al-Quran.
  • Bertilawah dengan memberi penekanan kepada sebutan huruf dengan tepat (makhraj huruf), mengambil kira juga panjang pendek dalam sebutan setiap huruf, tebal nipis dan yang berkaitan dengannya.
  • Boleh membaca dengan menjaga hukum asas tajwid.

Setelah selesai mengikuti kelas intensif Tilawah Al-Quran hingga khatam, maka barulah seseorang pelajar itu akan memulakan proses menghafaz al-Quran mengikut kaedah khas yang telah ditetapkan oleh Kaedah Hafazan Pusat Tahfiz YUPP (Hafazan mengikut Tahap dengan surah-surah pilihan).

Seseorang pelajar itu akan memulakan proses hafazan dan tasmik, bergantung kepada kemampuan mereka khatam tilawah al-Qurannya dengan lancar antara 1 hingga 3 bulan. Pelajar yang awal khatamnya seawal 1 bulan maka ianya akan memulakan proses hafazan dan tasmik lebih awal berbanding dengan pelajar yang belum selesai khatam al-Quran.