Sistem Pengajian Integrasi dengan Sekolah Harian Kerajaan

PENDEKATAN SMART LEARNING DUAL SYSTEM

Semua pelajar di Pusat Tahfiz ini akan mengikuti dua sistem pengajian iaitu Sistem pengajian tahfiz dan teknikal di Pusat Tahfiz dan juga mengikuti sistem pengajian akademik secara formal samada di sekolah menengah kebangsaan atau di sekolah menengah ugama (Arab) kerajaan Negeri Pahang.

Ini bermakna pelajar disyaratkan berdaftar di salah sebuah sekolah menengah samada di SMK Seri Pelangai ataupun di SM Ugama (Arab) Pelangai di Simpang Pelangai, Bentong bermula dari Tingkatan 1 hingga 5 untuk melayakkan mereka mengikuti pengajian tahfiz di sini.

Pendekatan Smart Learning Dual Sistem ini adalah sebagai langkah strategik dan pro aktif Pusat Tahfiz ini untuk menjamin masa depan pelajar tahfiz ini pada masa depan bagi membolehkan pelajar menyambung peengajianke Institut Pengajian Tinggi dengan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendekatan ini amat realistik, ekonomik dan efektif dengan kelebihan-kelebihan berikut:

  1. Pelajar terdidik dengan Pengajian Hafazan Al Quran untuk menjadi Al Hafiz dan dalam masa yang sama memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.
  2. Kos pengurusan Pusat Tahfiz ini dapat dijimatkan dan tidak perlu kepada tenaga guru akademik kerana pelajar akan mengikuti pengajian akademik di sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah menengah ugama harian kerajaan.

Pelajar akan mengikuti Dual Sistem Pengajian: Memperolehi Sijil Pengajian Tahfiz dan Ulum Syariah dan dalam masa yang sama memperolehi SPM.